Monday, 13 May 2019

Kesimpulan

Iltizam dan idealism Usman Awang terhadap perjuangan menuntut keadilan social terserlah dalam kebanyakan keryanya. Usman Awang ternyata tidak berkarya semata-mata kerana seni. Sebaliknya, seni yang dihasilkannya adalah untuk kemaslahatan hidup masyarakat, sesuai dengan perjuangan ASAS 50, iaitu “Seni untuk Masyarakat” yang diperjuangkannya. Melalui penggunaan bahasanya yang indah, terpancar citra pemikirannya yang membawa seribu makna yang cukup yang bererti untuk dihayati dan direnungi.
Walaupun perjuangannya membela golongan bawahan ini agak sinonim dengan perjuangan politik fahaman sosialis, ini bukanlah bererti Usman Awang seorang penganut sosialisme. Dan protes, kritikan serta tegurannya kepada sang pemerintah pula bukan bererti beliau berada pada paksi pembangkang. Sebaliknya, perjuangannya adalah kerana beliau seorang yang memiliki nilai kemanusiaan yang tinggi, sehingga sanggup menentang arus untuk memperjuangkannya.
Biarpun Usman Awang telah pergi, namun karya-karya “bintang yang mengerdip” ini terus hidup dan bersuara. Perjuangan sosialnya melalui karya tetap relevan kerana ap-apa yang diperjuangkannya pada masa dahulu, masih lagi menuntut kesempurnaan untuk ditunaikan.


No comments:

Post a Comment

Kesimpulan

Iltizam dan idealism Usman Awang terhadap perjuangan menuntut keadilan social terserlah dalam kebanyakan keryanya. Usman Awang ternyata tid...