Istimewanya karya ‘Tulang-Tulang Berserakan’ adalah kerana ia merupakan satu-satunya karya Sasterawan Negara Usman Awang yang dihasilkan dalam bentuk novel. Ia merakamkan kenang-kenangan Usman Awang (Leman) semasa bertugas sebagai seorang polis sewaktu penjajahan British ke atas Tanah Melayu.
SINOPSIS
Sejarah hitam telah melanda Persekutuan Tanah
Melayu (Malaya) pada bulan Jun tahun 1948. Pertentangan politik yang tajam di
antara pelbagai fahaman telah mengakibatkan perisyhtiharan Undang-undang
Darurat seluruh negara. Pemerintah Inggeris mengambil kesempatan untuk terus
menekan pemimpin-pemimpin politik yang progresif yang dianggap membahayakan
pemerintahannya. Satu pasukan yang khusus untuk berjuang menentang tentera
komunis di hutan-hutan telah dibentuk, yang terdiri daripada anggota polis yang
kebanyakannya baru saja tamat latihan di Depot Johor Bahru dan Kuala Lumpur.
Pasukan ini dinamakan Jungle Squad (Polis Hutan) yang antara tugasnya meronda
di hutan belukar mencari jejak gerila komunis.
PEMIKIRAN DALAM TULANG-TULANG BERSELERAKAN
Kemerdekaan adalah sebuah harga diri yang cukup mahal. Sebuah negara yang berdaulat dan terhormat tentulah disebabkan adanya kemerdekaan. Penjajahan dalam bentuk apa jua pun tidak akan membawa makna kepada bangsa dan rakyat yang terjajah.
Sejak mengenali jiwa dan semangat perjuang bangsa itu (Anuar, Leman mulai digetarkan oleh nasionalismenya. Inilah susara ideologi yang cuba didambakkan pengarang untuk melawan kekuasaan sehingga konsep pejuang (wira) mulai menapak di dalam pemikirannya sebelum tertullisnya pemikiran modennya drama " Matinya Seorang Pahlawan".
Novel ini meniupkan semangat kekitaan, perpaduan atau integrasi kaum yang terawal dihasilkan pengarang pada tahun 192, yakni pada 19 Februari 1962 itu, sangat kukuh ciri-ciri sastera (novel) yang pada hari ini kita kenal sebagai pasca-kolonial.
PERSOALAN
Persoalan perjuangan, ideologi, tindak-tanduk gambaran susasana, manusia-manusia, pengorbanan, tempat dan masa, pengalaman, isu-isu kehidupan dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment