Showing posts with label sastera. Show all posts
Showing posts with label sastera. Show all posts

Monday, 13 May 2019

Sajak "Guru Oh Guru"


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Ramai dari kita tidak faham dan mengambil mudah pantun klasik ini. Bagi yang tidak kenal dan tahu maka akan abaikan, jika tahu akan tertarik dengan pantun ini.

Rusa belang kaki bukanlah rusa yang kita tahu, tapi ianya adalah belalang rusa. Klunya adalah padang datar, rusa tidak akan muncul di kawasan padang kerana tempatnya di rimba. Lain pula belakang rusa yang tempatnya di padang datar. Diburu untuk apa? Bunyinya yang merdu, dipertandingkan oleh peminat belalang. Dan pembayang ini juga menyatakan apa yang kita buru, itulah yang kita akan dapat.

Makna
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Ini adalah peribahasa lama,yang membawa maksud apabila suatu ilmu atau pelajaran yang tidak sempurna dipelajari, maka tidak akan mendatangkan suatu manfaat atau faedah. Maka kembali kepada persoalan atas yang membawa kepada individu merosakkan, tertewas, dan perkara-perkara negatif.

Duduk, Rehat dan Dengarkan lah..........




Novel Tulang- Tulang Berselerakan

Istimewanya karya ‘Tulang-Tulang Berserakan’ adalah kerana ia merupakan satu-satunya karya Sasterawan Negara Usman Awang yang dihasilkan dalam bentuk novel. Ia merakamkan kenang-kenangan Usman Awang (Leman) semasa bertugas sebagai seorang polis sewaktu penjajahan British ke atas Tanah Melayu.




SINOPSIS 

Sejarah hitam telah melanda Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) pada bulan Jun tahun 1948. Pertentangan politik yang tajam di antara pelbagai fahaman telah mengakibatkan perisyhtiharan Undang-undang Darurat seluruh negara. Pemerintah Inggeris mengambil kesempatan untuk terus menekan pemimpin-pemimpin politik yang progresif yang dianggap membahayakan pemerintahannya. Satu pasukan yang khusus untuk berjuang menentang tentera komunis di hutan-hutan telah dibentuk, yang terdiri daripada anggota polis yang kebanyakannya baru saja tamat latihan di Depot Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Pasukan ini dinamakan Jungle Squad (Polis Hutan) yang antara tugasnya meronda di hutan belukar mencari jejak gerila komunis. 

PEMIKIRAN DALAM TULANG-TULANG BERSELERAKAN 

Kemerdekaan adalah sebuah harga diri yang cukup mahal. Sebuah negara yang berdaulat dan terhormat tentulah disebabkan adanya kemerdekaan. Penjajahan dalam bentuk apa jua pun tidak akan membawa makna kepada bangsa dan rakyat yang terjajah. 

Sejak mengenali jiwa dan semangat perjuang bangsa itu (Anuar, Leman mulai digetarkan oleh nasionalismenya. Inilah susara ideologi yang cuba didambakkan pengarang untuk melawan kekuasaan sehingga konsep pejuang (wira) mulai menapak di dalam pemikirannya sebelum tertullisnya pemikiran modennya drama " Matinya Seorang Pahlawan".

Novel ini meniupkan semangat kekitaan, perpaduan atau integrasi kaum yang terawal dihasilkan pengarang pada tahun 192, yakni pada 19 Februari 1962 itu, sangat kukuh ciri-ciri sastera (novel) yang pada hari ini kita kenal sebagai pasca-kolonial.

PERSOALAN

Persoalan perjuangan, ideologi, tindak-tanduk gambaran susasana, manusia-manusia, pengorbanan, tempat dan masa, pengalaman, isu-isu kehidupan dan sebagainya.  

Karya Karya Tongkat Warrant

        











                      




                      
                      




                             
                             
                  
                      


                      
                      




Kesimpulan

Iltizam dan idealism Usman Awang terhadap perjuangan menuntut keadilan social terserlah dalam kebanyakan keryanya. Usman Awang ternyata tid...