Monday, 13 May 2019

Puisi Mata Ayah

Kujabat mesra tangan ayah
Urat-urat daging-daging tua keras terasa
Mataku tersenyum, matanya menyapa
Anak yang pulang disambut mesra.

Tapi matanya, mata yang menatapku
Kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi
Garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram
Suatu kelesauan yang tak pernah dipancarkan dulu.

Kelibat senyum matanya masih jua ramah
Akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri
Bagai dalam suratnya dengan kata-kata siang
Memintaku pulang menikmati beras baru.

Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akulah
merasakan kepedihan yang tercermin di mata
Meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
Dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.

-Usman Awang-

TEMA

  • Pengorabanan dan kasih sayang seorang anak

  • Seorang yang sanggup berkoraban untuk membesarkan anaknya. Segala suka dan duka dalam kehidupan sudah menjadi sebati bagi seorang ayah. Bagaimanapun, kesegsaraan hidup tidak di pamerkan di hadapan anak yang dikasihi.


PERSOALAN

  • Kasih sayang dalam keluarga 
  • kegigihan seorang ayah membersarkan anaknya
  • tanggungjawab seorang anak terhadap ayah
  • ketaatan terhadap tuhan

PENGAJARAN
  • kita hendaklah menghargai pengorbanan ibu bapa
  • kita hendaklah menziarahi ibu bapa di kampung 
  • kita hendaklah bersyukur atas rezeki yang dikurniakan tuhan




Novel Tulang- Tulang Berselerakan

Istimewanya karya ‘Tulang-Tulang Berserakan’ adalah kerana ia merupakan satu-satunya karya Sasterawan Negara Usman Awang yang dihasilkan dalam bentuk novel. Ia merakamkan kenang-kenangan Usman Awang (Leman) semasa bertugas sebagai seorang polis sewaktu penjajahan British ke atas Tanah Melayu.




SINOPSIS 

Sejarah hitam telah melanda Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) pada bulan Jun tahun 1948. Pertentangan politik yang tajam di antara pelbagai fahaman telah mengakibatkan perisyhtiharan Undang-undang Darurat seluruh negara. Pemerintah Inggeris mengambil kesempatan untuk terus menekan pemimpin-pemimpin politik yang progresif yang dianggap membahayakan pemerintahannya. Satu pasukan yang khusus untuk berjuang menentang tentera komunis di hutan-hutan telah dibentuk, yang terdiri daripada anggota polis yang kebanyakannya baru saja tamat latihan di Depot Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Pasukan ini dinamakan Jungle Squad (Polis Hutan) yang antara tugasnya meronda di hutan belukar mencari jejak gerila komunis. 

PEMIKIRAN DALAM TULANG-TULANG BERSELERAKAN 

Kemerdekaan adalah sebuah harga diri yang cukup mahal. Sebuah negara yang berdaulat dan terhormat tentulah disebabkan adanya kemerdekaan. Penjajahan dalam bentuk apa jua pun tidak akan membawa makna kepada bangsa dan rakyat yang terjajah. 

Sejak mengenali jiwa dan semangat perjuang bangsa itu (Anuar, Leman mulai digetarkan oleh nasionalismenya. Inilah susara ideologi yang cuba didambakkan pengarang untuk melawan kekuasaan sehingga konsep pejuang (wira) mulai menapak di dalam pemikirannya sebelum tertullisnya pemikiran modennya drama " Matinya Seorang Pahlawan".

Novel ini meniupkan semangat kekitaan, perpaduan atau integrasi kaum yang terawal dihasilkan pengarang pada tahun 192, yakni pada 19 Februari 1962 itu, sangat kukuh ciri-ciri sastera (novel) yang pada hari ini kita kenal sebagai pasca-kolonial.

PERSOALAN

Persoalan perjuangan, ideologi, tindak-tanduk gambaran susasana, manusia-manusia, pengorbanan, tempat dan masa, pengalaman, isu-isu kehidupan dan sebagainya.  

Karya Karya Tongkat Warrant

        











                      




                      
                      




                             
                             
                  
                      


                      
                      




Tuesday, 7 May 2019

Biografi Usman Awang


Dalam dunia sastera tanah air, beliau begitu tersohor bagai bintang yang gemerlapan sepanjang zaman. Terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant. Nama beliau bukanlah asing dalam dunia kesusasteraan tempatan. 
Karya seni beliau begitu indah, cukup bersemangat dan benar-benar bermakna sehingga diterima oleh pelbagai kaum di seluruh tanah air. Hasil kerja beliau berkisar tentang realiti kehidupan, prihatin terhadap golongan tertindas serta menentang kuat kolonialisme selain bersifat universal dan patriotik. Sesungguhnya beliau adalah ikon patriotik yang menerusi karya seni menyatukan pelbagai bangsa di Malaysia serta wajar dikenang dan dimartabatkan.

Siapakah beliau?

·         Dato’ Dr Usman Awang
·         Lahir pada 12 Julai 1929 di Kota Tinggi, Johor
·         Seorang penyair, penulis dalam pelbagai genre termasuk cerpen dan drama terkenal di Malaysia
·         Salah seorang pengasas Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)
·         Berpendidikan sekolah rendah sahaja kerana kemiskinan keluarga
·         Pernah menjadi buruh paksa Jepun dan anggota polis pada zaman British
·         Kembali ke Rahmatullah pada 29 November 2001








Objektif Blog

Blog ini ditubuhkan bagi mengubati obsesi terhadap Usman Awang di samping dapat memperkenalkan sasterawan ini kepada generasi muda yang meminati bidang sastera. Selain itu, blog ini juga adalah untuk :

  • Untuk mengenali dengan lebih dekat tentang tokoh sastera iaitu Usman Awang
  • Untuk memahami dan menghayati karya- karya Usman Awang yang sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi melayu dan perikemanusiaan
  • Mengaplikasikan nilai-nilai kemanusiaan yang terdapat dalam karya Usman Awang



Kesimpulan

Iltizam dan idealism Usman Awang terhadap perjuangan menuntut keadilan social terserlah dalam kebanyakan keryanya. Usman Awang ternyata tid...